Tentang Sistem e-Balik Kampung

Sistem e-Balik Kampung merupakan sebuah sistem permohonan balik kampung berasaskan web yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pelajar asrama Kolej Vokasional Seberang Perai.

Sistem ini dibangunkan bagi menggantikan kaedah manual yang digunakan sebelum ini, seperti pengisian borang kertas dan rekod secara bertulis, yang didapati kurang efisien serta berisiko menyebabkan kehilangan data.

Tujuan Pembangunan Sistem

Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah untuk memudahkan proses permohonan balik kampung pelajar serta membantu pihak warden dalam mengurus, menyemak dan merekod permohonan dengan lebih sistematik, pantas dan selamat.

Objektif Sistem

  • Menyediakan platform permohonan balik kampung secara atas talian.
  • Mengurangkan penggunaan borang manual dan risiko kehilangan data.
  • Memudahkan pihak warden menyemak dan meluluskan permohonan pelajar.
  • Menyimpan rekod permohonan secara tersusun di dalam pangkalan data.
  • Meningkatkan kecekapan pengurusan asrama pelajar.

Kepentingan Sistem

Dengan adanya sistem e-Balik Kampung, proses pengurusan permohonan dapat dilakukan dengan lebih telus, cekap dan sistematik. Selain itu, sistem ini juga membantu mengurangkan kesilapan manusia serta menjimatkan masa pihak pelajar dan warden.

Kredit

Sistem ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Projek Tahun Akhir (PTA) bagi memenuhi keperluan program Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Seberang Perai.

Dibangunkan oleh:
Muhammad Arief Muhaimin Bin Mohd Masyadi
Daniel Vjay

Penyelia Projek:
En. Magendran a/l Munisamy